• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Bakal Pengantin Disyaki Terlibat Dengan ISIS

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang klia2 pada Ahad.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan pula dikatakan mempunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria. – BERNAMA

Tags: Militanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd