Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Keperluan Kaum Cina Terus...

MIRI - Keperluan kaum Cina terus mendapat perhatian kerajaan apabila peruntukan RM500,000 disediakan...

‘Bangsa Johor’ Untuk Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, konsep 'Bangsa Johor'...

Penulis Blog ‘Sang Kelembai’...

KLANG - Penulis blog 'Sang Kelembai' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari...

Patutlah Servis Astro Buruk,...

CERITA rungutan pelanggan penyedia siaran televisyen berbayar Astro bukan isu baharu, malah kisah...

Polis Dalam Rundingan Akhir, Untuk Bebaskan Konstabel Zakia

Pihak polis kini dalam fasa rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di pusat peranginan di Semporna, Sabah 12 Julai lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang dipetik laman web Astro Awani berkata pihaknya telah mendapat kerjasama dari pihak Filipina dalam urusan rundingan dengan kumpulan penjenayah terbabit bagi membebaskan Konstabel Zakia Aliep.

Perkembangan kes culik berkenaan setakat ini berjalan dengan baik dan lancar, katanya.

[BACAKeluar Malaysia Tak Jamin Keselamatan Sabah]

Beliau berkata, mangsa culik berada dalam keadaan selamat dan mangsa telah berjaya menghubungi anggota keluarganya sebanyak 79 kali sejak diculik kumpulan itu.

Ketika kejadian culik berlaku, rakan sekerja Zakia Koperal Ab Rajah Jamuan terkorban.

Selain Zakia, polis kini sedang berusaha untuk membebaskan pengusaha ikan dalam sangkah Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak, Sabah pada 16 Jun lepas.


Menurut polis, Chan juga dalam keadaan selamat.

Kes penculikan bermula pada bulan Mei lepas apabila sekumpulan lelaki dengan senjata menaiki bot menghampiri kawasan ternakan ikan di Pulau Baik dan melarikan pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China, Yang Zai Lin.

April lalu pula, pelancong dari China Gao Hua Yuan dan seorang petugas pusat peranginan Marcy Darawan juga diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna.

Mereka diculik oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina dan telah pun dibebaskan 30 Mei lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori