• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Cahaya, Perayaan Untuk Semua Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Deepavali yang bakal dirayakan Rabu ini merupakan satu lagi perayaan utama di Malaysia.

Deepavali dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘Perayaan Cahaya’ dengan rata-rata penganut Hindu menerangi rumah-rumah mereka dengan pelita yang diperbuat daripada tanah liat dengan sumbu yang dipanggil “diyas” atau bentuk lampu yang lain.

Kilauan cahaya yang terpancar daripada lampu ini bukan sahaja mencerminkan kehangatan yang dibawakan cahaya berkenaan, malah menggambarkan pencapaian semua sifat-sifat kekayaan, kemasyhuran, pengetahuan, kejayaan atau keamanan.

Pesta Cahaya, Perayaan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Pintu masuk rumah juga dihiasi indah dengan motif tradisi Kolam Rangoli untuk menyambut Dewi Lakshmi, iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran.

Festival penuh warna-warni yang dirayakan penganut Hindu seluruh dunia ini, biasanya jatuh pada sekitar penghujung Oktober atau awal November. Pada tahun ini, hari yang penuh bermakna ini akan dirayakan pada 22 Okt.

Penganut Hindu menganggap Deepavali, yang juga dikenali sebagai Diwali oleh masyarakat India Utara, sebagai antara perayaan terpenting yang mempunyai legenda di sebalik perayaannya iaitu, meraikan kemenangan Dewa Krisnan menentang pemerintahan kuku besi raja jahat, Narakasura di kerajaan Pradyoshapuram.

Persediaan untuk menyambut Deepavali biasanya bermula sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sebelumnya dengan rumah dibersihkan, melakukan pengubahsuaian rumah atau sekadar mengecat rumah, menggantikan langsir dan sofa.

Biasanya sesebuah keluarga itu akan membeli pakaian dan aksesori baharu serta menambah barang perhiasan rumah serta membuat ‘Kolam’ di pintu masuk rumah.

Rekaan ‘kolam’ (motif rumit yang berwarna-warni) mencakupi unsur-unsur reka bentuk geometri dengan titik, garis, segi tiga, segi empat, bulatan, dan simbol keberuntungan lain seperti swastika, burung merak, cengkerang siput kon, bunga teratai, trisula, tapak kaki dan bintang mempunyai kaitan dengan ekspresi keharmonian kosmik dan tenaga spiritual dalam amalan veda tertentu.

Diwali-Rangoli-Designs-with-Flowers1

Beras berwarna, kelapa parut bersama debu perak dan emas mungkin digunakan untuk membuat corak selain daripada tepung beras dan corak ini lazimnya dilukis di atas lantai berhampiran pintu rumah.

Pada hari yang penuh bermakna ini, penganut Hindu biasanya bangun awal pagi dan ritual pertama yang dilakukan ialah mandi dengan minyak secara hati-hati menggunakan serbuk kayu manis, yang merupakan amalan penting sejak sekian lama, meskipun generasi muda hari ini, lebih gemar mandi dengan menggunakan sabun dan syampu.

Seterusnya, mereka mengenakan pakaian baharu – lelaki memakai dhoti atau kurta, wanita mengenakan sari diperbuat daripada sutera, sut Punjabi, lengha, sut karisma yang pelbagai warna dan corak sebelum menuju ke kuil.

Mereka juga akan memberi hormat kepada orang tua serta yang sudah meninggal dunia. Ini merupakan upacara penting.

Mengunjungi rumah terbuka adalah suatu aktiviti yang pasti serta menarik pada hari kebesaran ini dengan pelbagai juadah, biskut dan kuih-muih masyarakat India dihidangkan.

maruku

‘Marukku’, yang bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat India malah Melayu dan Cina, turut menjadi kegemaran kerana keranggupannya ketika sambutan Deepavali.

Antara negara yang merayakan perayaan ini secara besar-besaran atau dengan cara unik tersendiri ialah India, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Mauritius, Fiji, Guyana, Thailand, Afrika Selatan, Trinidad dan Kanada.

Deepavali, yang merupakan hari kebesaran bagi penganut Hindu, turut diraikan bersama-sama rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang, menjadi suatu perayaan utama di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Deepavali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd