Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Ibu & Anak Maut...

SRI AMAN - Seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut dalam...

Tiada DNA Manusia Pada...

PUTRAJAYA - Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak...

Fahami Perlembagaan UMNO Sebelum...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu memahami perlembagaan parti sebelum mengambil sebarang tindakan...

Polis Tembak Mati 3...

TIGA lelaki maut ditembak polis dalam hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjong Bungah,...

Pertandingan Shell Malaysia Tawar Hadiah Menarik

KUALA LUMPUR – Pertandingan hashtag ikrar Shell (#ShellPledge) anjuran Shell Malaysia memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi sebuah kereta Mazda2 Skyactiv, Samsung Galaxy Tabs dan hadiah lain.

Orang ramai boleh menyertai pertandingan itu dengan mengemukakan foto dan keterangan gambar dalam Instagram atau menerusi laman web Shell www.shell.com.my/shellpledge.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Azman Ismail berkata pertandingan itu diharap akan membolehkan mesej berkaitan tabiat pemanduan bijak yang meningkatkan kecekapan tenaga disebarkan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda.

“Matlamat utama Shell Malaysia adalah untuk mendidik pemandu daripada generasi muda berkaitan kecekapan tenaga dan pemanduan lebih bijak sambil membantu melakar masa depan tenaga yang lebih lestari,” katanya pada pelancaran Pertandingan Penjimatan Tenaga Kolej Shell 2014 kali keempat di sini hari ini.


Beliau berkata pertandingan tahun ini melibatkan 10 penyertaan daripada universiti awam serta swasta dan peserta dikehendaki menggalakkan orang ramai supaya berikrar untuk menjadi pemandu  yang lebih bijak dan cekap tenaga
menerusi pertandingan #ShellPledge.

“Dengan memberi sokongan kepada pelajar berkenaan, Shell Malaysia berharap dapat memberi dorongan awal berkaitan pemeliharaan alam sekitar kepada mereka dan akhirnya menambah baik cara hidup kita dalam masyarakat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Shell

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori