• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Tangguh Perlawanan Dibuat Mengikut Peraturan FIFA

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya menangguhkan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 diantara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu dibuat berdasarkan peruntukkan yang terkandung dalam undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Justeru, kata PBNJ, persatuan itu tidak melanggar sebarang etika atau peraturan bola sepak antarabangsa dalam mengemukakan permohonan berkenaan kerana ia dibuat berlandaskan peraturan bola sepak antarabangsa malangnya telah disensasikan oleh pihak media untuk melariskan ruangan sukan mereka.

Sehubungan itu, PBNJ menyelar akhbar tempatan kerana dilihat sering menjadikan ruangan sukan mereka ibarat ruangan hiburan dengan pelbagai cerita gosip yang boleh melaga-lagakan penyokong bola sepak tanah air.

“Kami ingin bertanyakan kepada media mengapa sesuatu perkara yang tidak menyalahi undang-undang dan peraturan badan bola sepak dunia disensasikan namun insiden yang menyalahi undang-undang seperti penyokong Johor dibaling batu ketika perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu tidak disentuh.

“Pihak media bahagian sukan harus bersikap lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat yang tepat kepada peminat sukan supaya mereka tahu undang-undang sukan dan bukan sebaliknya. Ini bukan ruangan hiburan yang perlukan gosip untuk melariskan naskah. Ruangan sukan adalah untuk menambahkan ilmu dan mendidik ke arah lebih positif,” tegas kenyataan itu seperti disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

PBNJ dalam pada itu turut membidas persatuan bola sepak tertentu yang dilihat tidak berusaha menyatukan penyokong bola sepak Malaysia sebaliknya lebih suka melaga-lagakan penyokong mereka dengan penyokong pasukan lain.

Kata PBNJ, sukan bola sepak seharusnya medan yang dipenuhi semangat menyokong tidak berbelah bahagi buat pasukan masing-masing

“Ayuh semua berikan sokongan anda kepada pasukan masing–masing demi semangat kesukanan dan juga silaturahim yang sepatutnya mudah terjalin dalam sukan bola sepak,” tegas kenyataan itu.

Sementara itu, beberapa penyokong bola sepak Johor dalam laman Facebook sama menjelaskan PBNJ membuat permohonan menangguhkan perlawanan berdasarkan peraturan FIFA yang membenarkan perlawanan boleh ditangguhkan jika terdapat pemain sesebuah pasukan menyarung jersi kebangsaan untuk pertandingan tertentu.

PBNJ sebelum ini mengumumkan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara pasukan JDT melawan Terengganu telah dijadualkan semula pada 17 Oktober ini.

PBNJ menjelaskan antara penyebab jadual itu ditunda dari tarikh asal kerana permohonan yang dibuat PBNJ diterima FAM berikutan terdapat perlawanan persahabatan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh FIFA manakala Stadium Larkin di Johor sedang dibaik pulih. – mynewshub.cc

Tags: FIFAPBNJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd