• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Mungkin Terima Penambahbaikan Dalam Bajet 2015

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Saya rasa mungkin ada sedikit penambahbaikan namun apa-apa penambahbaikan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.

“Apa yang penting, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan defisit kerajaan seperti yang disasarkan setiap tahun sehingga 2020,”, katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) 2014 di sini hari ini.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akanmembentangkan Bajet 2015 di Parlimen esok.

Mengenai NDC 2014, Ali berkata ia adalah platform menambah baik inisiatif teknologi sedia ada, selain melihat trend teknologi komunikasi maklumat yang boleh diadaptasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata sumber manusia dan penggunaan teknologi terkini dilihat mampu mempertingkat kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam.

Katanya kedua-dua elemen itu adalah antara pendekatan yang boleh digunakan bagi memastikan penyampaian sektor perkhidmatan awam ditambah baik setiap tahun.

Bertemakan ‘#InnovateMyGov’, persidangan kali kelima sejak 2009 itu antara lain memberi fokus kepada inovasi berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan melalui perkongsian maklumat dan kerjasama pintar antara agensi awam dan swasta. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaBajet 2015Penjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd