• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Perlekeh Pemberian BR1M

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memperlekehkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan menyifatkan bantuan itu cuma bertujuan menutup mulut rakyat daripada mengkritik kerajaan.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat turut mendakwa, BR1M ibarat sebahagian kecil keuntungan yang diperoleh kerajaan untuk diagihkan kepada rakyat seperti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebuah syarikat perniagaan.

“Memotong subsidi memanglah memberi keuntungan kewangan kepada kerajaan namun ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

“Sedikit keuntungan diagih seumpama agihan CSR yang dinamakan sebagai BR1M untuk menutup mulut rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan pada 2 Oktober lalu mengumumkan pelbagai mekanisme akan diambil bagi mengurangkan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Ia termasuk meningkatkan jumlah, bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian lain bagi membantu orang ramai berhadapan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen.

Harga runcit baharu untuk petrol RON95 selepas pengurangan subsidi itu RM2.30 seliter manakala harga diesel RM2.20 seliter.

Langkah itu antara lain bertujuan memperkukuhkan kewangan negara, mengurangkan ketirisan dan penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. – mynewshub.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd