• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Yang Baik Tidak Kempen Kepada Kerosakan

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik tindakan beberapa pimpinan PR yang berkempen untuk pesta arak, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tindakan tersebut tidak mencerminkan pemimpin yang baik apabila mereka berkempen kepada kerosakan.

“Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok.

“Sebaliknya kejujuran akan mendesakkannya memberitahu ataupun mengakui bahaya rokok itu kepada rakyatnya. Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terbarunya di Facebook, hari ini.

Minggu lalu, sekumpulan pemimpin kanan DAP dan PKR muncul memberi sokongan kepada penganjuran parti arak, Oktoberfest yang dijalankan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Tegas Dr Asri, semua pihak mengakui arak itu sesuatu yang merosakkan namun pemimpin politik di negara ini masih berkempen kepada pesta arak.

“Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak. Kerajaan Britain terpaksa membelanjakan jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arak terhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.

“Bagaimana mungkin ada pemimpin politik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak? Atas apa budaya dan lojik kebaikan untuk rakyat?” soalnya.

Akur dengan hak bukan Islam untuk meminum arak, namun beliau mengingatkan bahawa berkempen secara terbuka tidak boleh diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.

“Walaupun Islam akur hak bukan Muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.

“Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasi tanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi.

“Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk,” katanya lagi.

Penganjuran Oktoberfest ditukar lokasi pada saat akhir gara-gara mendapat kecaman pelbagai pihak ekoran ia dijadualkan berlangsung di tempat letak kereta terbuka di pusat beli-belah tersebut. – Sinar Harian Online

Tags: arakOctoberfest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd