• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Herba Perkasa Industri – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan Bahagian Pembangunan Herba untuk memperkasakan industri herba negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahagian yang mula berkuat kuasa 15 Okt itu akan bertanggungjawab sebagai perancang dasar serta hal berkaitan pemasaran dan inovasi produk herba manakala urusan penanaman akan melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian.

Katanya, bahagian itu diwujudkan setelah kerajaan mendapati produk herba negara mempunyai nilai tinggi di pasaran dalam dan luar negara.

Beliau berkata sehubungan itu bahagian itu diharapkan dapat meningkatkan keyakinan petani untuk melibatkan diri dalam industri herba yang sebelum ini ragu-ragu dengan isu pemasaran, selain meningkatkan keyakinan pengguna untuk memilih produk herba.

“Sebelum ini, kita ada menerima aduan bahawa mereka (pengusaha herba) sukar menembusi farmasi besar untuk memasarkan produk dan diharapkan penubuhan bahagian ini dapat mengatasi masalah ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata inovasi baharu produk herba di Malaysia juga menyebabkan herba tidak lagi terikat dengan cara lama seperti kapsul ubat atau pati minuman, sebaliknya dijadikan biskut, coklat atau ais krim membolehkan pengambilan herba lebih mudah dan bersifat mesra pengguna.

Terdahulu, Ismail Sabry merasmikan Pameran dan Persidangan Herba Asia ke-8 di Pusat Persidangan dan Pameran Matrade di sini, hari ini yang disertai 100 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Fiji, Taiwan, Korea, Iran dan Mesir.

Pameran tiga hari bertemakan ‘Go Herbal, Go Green, Natural is Now!’ merupakan anjuran bersama Gitex International Trade Show, Matrade Cooperative Berhad dan Asian Herbal Consortium (KOHERA).

Ismail Sabri juga berkata penubuhan Bahagian Pembangunan herba itu akan membantu matlamat Malaysia untuk mejadi hab-herba halal di Asia pada masa hadapan.

Beliau juga menasihatkan pengguna agar berhati-hati semasa membeli herba dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan khasiat herba tertentu, tanpa memeriksa sama ada ia diluluskan Kementerian Kesihatan atau pun tidak.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata Malaysia mempunyai lebih peluang untuk menjadi pengeksport global dalam produk herba bernilai tinggi berdasarkan kekayaan biodiversitinya.

“Kadar anggaran pertumbuhan industri herba Malaysia sebanyak 15 peratus setahun dan industri ini dijangka mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan bernilai RM7 bilion (2010), RM15 bilion (2015) dan RM29 bilion (2020),” katanya.

Beliau berkata angka tersebut mencerminkan populariti dan peningkatan penggunaan produk herba dan produk demula jadi dengan herba dianggap sebagai ‘sangat berkaitan dengan pembangunan pertanian, farmaseutikal, sains hayat, penjagaan kesihatan dan industri makanan.

Beliau juga berkata sebanyak RM530 juta diperuntukkan di bawah inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk pembangunan penyelidikan melibatkan herba seperti Tongkat Ali, Misai Kuching, Hempedu Bumi, Dukung Anak dan Kacip Fatimah.

Ia bertujuan meningkatkan kualiti produk herba serta usaha pemasaran ke peringkat global. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd