Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Kawasan Industri Lembah Chuping...

KANGAR - Kawasan industri seluas 1,200 hektar yang akan dibangunkan di Lembah Chuping...

APM Tahan Bot Nelayan...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berjaya mematahkan cubaan menangkap...

Saya Tetap Bersama UMNO...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal berkata beliau sama...

Dr Halimah Ali Calon...

PETALING JAYA - PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah...

Pemandu Lori Acu Senapang Lepas Langgar Kereta Orang

KUCHING – Seorang pemandu lori menumbuk seorang pelajar universiti swasta dan mengacu senapang kepada kakak pelajar itu selepas berlaku kemalangan kecil antara kenderaan mereka di Jalan Foochow No 1 di sini, hari ini.

Sumber polis berkata, insiden itu berlaku selepas cermin sisi kereta yang dipandu pelajar berusia 19 tahun itu bersama kakaknya dilapor dilanggar lori berkenaan.

Beliau berkata, pelajar itu dan kakaknya keluar dari kereta mereka untuk berbincang dengan pemandu lori berkenaan, namun pemandu lori terbabit dikatakan menyerang pelajar itu dan masuk semula ke dalam lorinya dan melanggar bahagian hadapan kereta pelajar terbabit.

Dalam masa yang sama, pemandu lori itu mengeluarkan senapang angin dan mengacunya ke arah kakak pelajar berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke udara, dan kemudian melarikan diri dengan lorinya.

Sumber itu berkata, pemandu lori berusia 50 tahun itu sudah dikenal pasti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori