Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kelindan Lori Maut, Pemandu...

SHAH ALAM - Seorang kelindan lori maut manakala pemandu parah setelah lori yang dipandu...

Pangkalan TLDM Lumut Gempar...

LUMUT - Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut gempar apabila sebuah kapal...

PDRM Cadang Kenderaan Guna...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya semua kenderaan di negara...

MAIS Sumbang RM2.2 Juta...

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyumbang RM2.2 juta...

Pemancing Maut, Rakan Cedera Dihempap Pokok Mati

BESUT – Seorang pemancing maut manakala rakannya cedera selepas dihempap sebatang pokok mati yang tumbang dan menimpa khemah mereka di kawasan tepi sungai berhampiran Hutan Simpan Pelagat dekat sini, semalam.

Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang itu, kedua-duanya dan seorang lagi rakan mereka sedang berteduh dalam khemah itu yang ketika itu hujan lebat, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah.

Katanya Nasir Mamat, 47, maut di tempat kejadian, rakannya Tengku Faisal Tengku Mahmud, 26, cedera manakala Mohd Amirul Mukmin, 30, yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah menghubungi Balai Polis Jerteh bagi memaklumkan kejadian itu.

Ketiga-tiga ‘kaki pancing’ dari Kampung Jeram, Pasir Putih, Kelantan itu ke lokasi itu sejak Selasa lepas untuk memancing, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan 4×4 Besut mengambil masa hampir lima jam untuk ke tempat kejadian.


Khaled berkata kedua-dua mangsa hanya dapat dibawa keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 9 malam dengan Tengku Faisal terpaksa diusung.

“Kita menghadapi masalah untuk ke lokasi kejadian yang tiada jalan kenderaan dan anggota penyelamat terpaksa berjalan kaki di samping meredah air sungai yang meningkat ekoran hujan lebat petang semalam,” katanya.

Katanya mayat Nasir dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat manakala Tengku Faisal menerima rawatan sebagai pesakit luar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori