• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelekat Warna Berbeza Barang Dikecualikan GST Dipertimbang

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang diberi pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan pelekat warna berbeza untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata penggunaan pelekat berwarna pada barangan yang tidak dikenakan GST dapat mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

“Ini satu cadangan yang baik. Kita akan bincang bagaimana pelaksanaannya dan akan mengumumkan (hasil) pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melawat premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.

Sebelum itu, bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak mencadangkan kerajaan supaya melabelkan barangan yang diberi pelepasan GST.

Ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lebih 900 barang yang berada dalam ‘basket of goods’ tidak dikenakan GST. Senarai barang berkaitan CBP itu diwartakan pada Isnin.

GST akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan dan antara yang akan dikecualikan GST adalah diesel, gas petroleum cecair, semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti tepung gandum penuh serta beberapa produk makanan seperti serbuk kopi dan teh, mi kuning, laksa dan bihun.

Penggunaan pelekat tanda harga berwarna telah lama dilaksanakan bagi barang kawalan pada musim perayaan.

Ditanya sama ada kerajaan akan menambah jumlah barangan yang dikecualikan GST, Hasan berkata kerajaan juga sentiasa melakukan semakan untuk menjaga hak pengguna dan peniaga.

Mengenai Ops Harga sepanjang tahun ini, Hasan berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap 4,960 peniaga atas pelbagai kesalahan.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan di bawah operasi ini adalah RM920,429.55 dan nilai kompaun sebanyak RM250,130,” katanya sambil menambah bahawa 1,327,974 pemeriksaan dijalankan sepanjang tahun ini.

Mengenai lawatan di KLIA2 hari ini, Hasan berpuas hati apabila premis perniagaan di sini mematuhi Perintah Kawalan Harga dengan mempamerkan tanda harga.

“Penandaan harga penting untuk memastikan kepentingan pengguna terpelihara,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd