SEORANG pelayan restoran lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Subang, Selangor telah dituduh mencabul seorang pelanggannya yang juga seorang peguam wanita berusia 33 tahun.
Menerusi sumber China Press, kejadian berlaku ketika mangsa sedang beratur di restoran tersebut dan secara tiba-tiba mangsa menyedari punggungnya diraba oleh suspek.
Satu laporan polis telah dibuat dan polis akan menjalankan siasatan lanjutan berhubung kes ini menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit. – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE

