• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelanggan Minta Sijil Nikah Sebagai Bukti Tidak Menipu!!

oleh AK-47
06/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ekoran kejadian pengendali bisnes online yang menipu pelanggan mereka, ada di kalangan orang ramai mungkin berasa takut melampau untuk berurusan secara dalam talian kerana takut diperdaya.

Mungkin itulah ketakutan yang dialami oleh seorang bakal pelanggan yang ingin membeli biskut daripada perniagaan online Cookiescookiesku yang menjalankan perniagaan di laman sosial Instagram.

Kerana bimbang ditipu dan barang yang dipesan tidak sampai, individu itu memohon agar barang yang dipesan diposkan terlebih dahulu sebelum bayaran dibuat.

[BACA – Kisah Sebenar Kes Pelanggan Bengang Terima Pizza ‘Telanjang’]

Bagaimanapun, pengurusan Cookiescookiesku tidak membenarkan transaksi sedemikian bimbang pula pelanggan itu tidak melakukan pembayaran.

Selepas itu, bakal pelanggan itu mula meminta bukti mengarut antaranya gambar keluarga, lesen, tanah dan juga sijil nikah.

Pengurusan perniagaan online itu kemudian menjawab bahawa mereka boleh memberi nama dan nombor kad pengenalan pengasas Cookiescookiesku tetapi untuk memberikan apa bukti lain yang diminta oleh bakal pelanggan itu tidak dibenarkan.

Tiba-tiba individu yang ingin memesan cookies itu marah-marah dan menuduh pihak Cookiescookiesku kedekut.

Kata-kata kesat seperti bodoh dan kedekut digunakan kepada pengendali bisnes online itu sekaligus menyebabkan mereka enggan melayani karenah pelanggan yang begitu melampau itu.

Agak-agaklah, kalau dah memang tentu bisnes online, takkan lah nak minta sijil nikah sebagai bukti testimoni pelanggan kan boleh? – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: bisneskes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

22/01/2024
0

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak syarikat milik penuh Samaiden, dengan ahli konsortiumnya...

Minetech Dianugerah Projek Kerja Jalan Raya RM2.56 Juta

Minetech Dianugerah Projek Kerja Jalan Raya RM2.56 Juta

11/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Minetech Resources Berhad, pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd