• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bantah Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest Di Selangor

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor kesal dengan penganjuran pesta bertemakan arak Oktoberfest di beberapa tempat di Selangor kerana mencabar sensitiviti agama di Malaysia.

Ketua Penerangannya, Zaidy Abdul Talib berkata, pesta yang tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam di Selangor itu boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ia merupakan hak orang bukan Islam.

“Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival apatah lagi dengan mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Zaidy berkata, PAS Selangor akan mendesak kerajaan negeri membatalkan penganjuran pesta arak tersebut.

Kata beliau, PAS Selangor akan turut meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang  menaikkan iklan billboard Octoberfest.

“PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni,” katanya.

Semalam, anggota parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Walaupun dilakukan dalam ruang bangunan tertutup, ulama muda PAS itu berkata, mempromosikannya secara besar-besaran mencabar sensitiviti umat Islam.

Tags: arakPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd