• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Diberi Amaran Henti Bedil Kashmir

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India semalam meminta Pakistan agar berhenti membedil Kashmir dan memberi amaran Islamabad akan menyesal jika terus menyerang wilayah tersebut.

Dua negara berjiran itu saling tuduh-menuduh berkaitan keganasan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang awam di rantau banjaran Himalaya tersebut pada minggu ini.

India dan Pakistan merupakan dua negara kuasa nuklear.

“Jika Pakistan terus membedil Kashmir, tentera kami akan membuatkan mereka (Pakistan) menyesal.

“Pakistan perlu menghentikan bedilan meriam tanpa provokasi ini jika ia mahu keamanan di sempadan,” kata Menteri Pertahanan India, Arun Jaitley di sini.

Beribu-ribu orang di wilayah Kashmir sebelah India dan Pakistan meninggalkan kediaman mereka untuk menyelamatkan diri daripada bedilan meriam tentera Pakistan dan India.

Sembilan penduduk awam terbunuh akibat pertempuran di sempadan Kashmir pada Isnin lalu sekali gus angka korban tertinggi dalam sehari sejak lebih sedekad lalu.

Jaitley dalam kenyataannya, memberi alasan tentera India perlu melakukan serangan balas untuk melindungi rakyatnya. Beliau turut menuduh Pakistan sebagai sengaja cuba mencetuskan ketegangan.

Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan tetapi kedua-dua negara itu terus membuat tuntutan ke atas wilayah di Banjaran Himalaya tersebut.

Pertempuran kerap berlaku di sempadan yang menjadi pertikaian antara Islamabad dan New Delhi dikenali sebagai Garis Kawalan (LoC) selain di sempadan yang memisahkan wilayah Kashmir dari negeri Punjab di Pakistan.

Pertempuran antara tentera India dengan pemberontak Kashmir telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kebanyakannya orang awam sejak tahun 2004. – AFP

 

Tags: IndiaPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

Ibu Menolak Ajakan Kahwin, Kanak-Kanak Berusia 18 Bulan Dihempas Berulang Kali Hingga Mati

Ibu Menolak Ajakan Kahwin, Kanak-Kanak Berusia 18 Bulan Dihempas Berulang Kali Hingga Mati

01/06/2026
0

Oleh Mynewshub  UTTAR PRADESH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dilaporkan maut dalam satu kejadian tragis selepas didakwa menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd