Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli Politik Malaysia Makin...

KUALA LUMPUR - Sikap ahli politik yang menjadikan diri mereka sebagai 'komoditi' menyebabkan...

Lelaki Didenda RM3,000 Curi...

KUALA LUMPUR - Gara-gara keluar dengan rakan lelaki yang baharu dikenali empat hari...

Banjir: Kami Masih Trauma,...

KOTA BHARU - "Saya runsing sangat melihat hujan lebat dalam beberapa hari ini....

Guna Dron Racun Sawah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian...

Original Spaghetti Alla Carbonara Versi Laura Vitale

Boleh dihidangkan untuk 6 ke 8 orang, resepi yang sangat mudah tetapi sedap terutama bagi penggemar pasta.

Sebenarnya kalau disediakan dalam kuantiti yang sedikit, lebih sedap. Macam di kedai, contohnya, kue teow biasanya dimasak untuk satu atau dua pinggan sekali goreng, barulah lebih sedap.

Jom lihat cara-caranya.

Bahan bahan:

2 biji bawang besar kuning – cincang
8 keping daging lembu berlemak
3 sudu kecil minyak olive
5 biji telur
4 sudu besar cooking cream – resepi asal heavy cream
3/4 cawan freshly grated cheese
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pek spaghetti – 500 gram

Cara cara:

Didihkan air di dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan garam dan sedikit minyak sebelum dimasukkan pasta. Masak mengikut masa yang ditetapkan di pek bungkusan.

Di dalam kuali non stick, panaskan minyak olive dengan api sederhana, masukkan daging dan masak sambil dikacau sehingga ianya masak dan kelihatan garing di tepinya.

dap

Masukkan bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam serta garam. Masak dalam anggaran 5 minit.


dapp

Di dalam mangkuk, whisk telur, heavy cream dan parutan cheese dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam sehingga sebati.

dappp

Ketika ini, pasta telahpun masak, angkat dan tos. Angkat daging dari dapur, tuangkan pasta yang telah ditos. Dengan cepat, tuangkan bahan telur tadi ke dalamnya dan kacau sehingga pasta bergaul rata dengan adunan telur tadi.

dappppp

Tuang ke dalam pinggan dan sedia untuk dinikmati sewaktu masih panas panas.

dapppppppp

 

Sumber: Aziekitchen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori