• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Newcastle Tempah Pertembungan Dengan Tottenham

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Newcastle United menambah derita Manchester City dengan kemenangan 2-0 di laman lawan, Etihad, awal pagi tadi sekali gus menyingkirkan penyandang juara itu dalam kempen Piala Liga Inggeris, musim ini.

Penyerang muda, Rolando Aarons meletakkan skuad bimbingan Alan Pardew itu di depan seawal minit keenam sebelum pemain gantian, Moussa Sissoko menambah gol kedua perlawanan ketika perlawanan berbaki 14 minit yang membawa Newcastle ke suku akhir.

“Ia persembahan yang menakjubkan daripada Newcastle malam ini. Semua yang kami mahukan daripada perlawanan ini terhasil,” kata Pardew yang menempah perlawanan suku akhir menentang kelab London, Tottenham Hotspur.

Kekalahan menyaksikan City, yang kehilangan pemain tengah, David Silva terpaksa dipapah keluar akibat kecederaan gagal mencatat kemenangan daripada tiga perlawanan dalam semua perlawanan menjelang pertembungan tetangga menentang Manchester United, Ahad ini.

“Kami tidak bermain dengan cukup baik,” kata pengurus Man City, Manuel Pellegrini kepada Sky Sports. “Kami melepaskan dua gol mudah dan tidak menggunakan peluang kami untuk menjaringkan gol.”

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Southampton, Graziano Pelle menambah jumlah jaringannya kepada sembilan musim ini ketika pelawat menewaskan Stoke City 3-2 di Stadium Britannia dan menempah tiket perlawanan menentang kelab di divisyen tiga liga, Sheffield United.

Pemain kelahiran Itali itu meletakkan Southampton menerusi jaringan cantik daripada jarak 23 meter seawal minit keenam untuk jaringan pembukaan sebelum Shane Long meletakkan pelawat 2-0 di depan.

Steven Nzonzi kembali merapatkan jurang buat Stoke pada babak kedua perlawanan diikuti jaringan Mame Biram Diouf yang menyamakan kedudukan pada minit ke-82 sebelum Pelle mengesahkan kemenangan Southampton ketika perlawanan berbaki dua minit untuk membawa skuad Ronald Koeman itu ke pertembungan lapan terakhir.

Dalam pada itu, jaringan pada babak kedua oleh Erik Lamela dan Harry Kane memberikan Tottenham kemenangan 2-0 ke atas kelab divisyen dua, Brighton and Hove Albion.

Liverpool yang menewaskan Swansea City 2-1 pada Selasa akan bertemu Bournemouth di suku akhir manakala Chelsea bertemu kelab Liga Kejuaraaan, Derby County. – AFP

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd