• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Anwar Dalam Kes Liwat II Ditentukan 21 Hari Lagi

oleh AK-47
09/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetahui nasibnya dalam rayuan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan dalam masa hanya 21 hari lagi.

Memetik laporan laman portal Malaysiakini, rayuan kes itu yang melibatkan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Rayuan Anwar akan didengari selama dua hari bermula 28 Oktober ini.

Di laman Facebooknya, Anwar mula memancing simpati orang ramai dengan menggunakan satu foto dengan warna latar belakang warna hitam dengan kata-kata “Biar jasad di penjara, namun jiwa tetap merdeka,”.

[BACA – Anwar Tolak Tawaran Perlindungan Di Luar Negara Elak Dipenjara]

Dalam sejarah kes liwat Anwar, pada 2004 Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat pertamanya oleh Mahkamah Persekutuan selepas menghabiskan masa enam tahun meringkuk di penjara.

Malaysiakini melaporkan kes liwat II mula timbul ketika Anwar mula berhasrat untuk bertanding pada kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas tamat tempoh larangan lima tahun berpolitik.

Pada ketika itu, kerusi parlimen itu disandang oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu isteri Anwar sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Kejadian liwat II didakwa berlaku antara pukul 3 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Untuk mempertahankan dirinya, Anwar mendakwa tuduhan itu diada-adakan oleh musuh politik beliau dalam isu ini Barisan Nasional (BN) dengan mengatakan ia sebagai satu konspirasi.

Kes itu dibacarakan selama empat tahun di mahkamah dari tahun 2008 hingga awal 2012 melibatkan beberapa penangguhan yang dipohon oleh Anwar sendiri.

Sebanyak 26 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan tampil memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagaimanapun dia dibebaskan dari tuduhan itu.

Pada Mac lepas, dalam rayuan pihak pendakwaan ke atas kes berkenaan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Bulan ini, rayuannya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya merupakan peluang terakhir bagi beliau untuk mendapatkan kebebasan.

Secara matematiknya, jika Anwar dipenjara selama lima tahun dan dibebaskan selepas itu, Ketua Umum PKR itu akan berusia 72 tahun apabila dibebaskan, ditambah dengan larangan politik selama lima tahun, ia mungkin satu petanda ketika itulah kerjaya politik Anwar berakhir. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Anwar IbrahimLiwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd