• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naik Taraf Sistem Operasi ATM Cegah Digodam

oleh AK-47
02/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh bank untuk menghalang mesin juruwang automatik (ATM) daripada serangan siber, iaitu termasuk menaik taraf sistem operasi komputer.

Langkah pencegahan awal itu dapat menangkis kejadian yang tidak diingini seperti kejadian yang dilakukan satu sindiket dipercayai Amerika Latin menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Johor dan Melaka membabitkan kerugian hampir RM3 juta minggu lepas.

Kumpulan itu dipercayai menggodam sistem ATM menggunakan sim kad telefon dan teknologi telefon canggih tetapi tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.

Sebuah syarikat keselamatan perisian komputer berpangkalan di Amerika Syarikat, Symantec, mencadangkan agar bank menaik taraf komputer mereka kepada sistem operasi komputer seperti Windows 7 atau 8.

Dalam laman webnya di www.symantec.com, syarikat itu berkata bank seharusnya menyediakan perlindungan fizikal yang mencukupi dan mempertimbang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di ATM.

Symantec berkata langkah lain ialah dengan mengunci BIOS komputer untuk menghalang pengebutan semula media yang tidak dibenarkan, seperti CD-ROM atau USB stick.

“Menggunakan penyulitan cakera penuh bagi menghalang cakera diganggu dan menggunakan sistem kunci penyelesaian seperti Pusat Data Keselamatan Symantec: Server Advanced (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Perlindungan Kritikal),” kata Symantec.

Ia berkata dengan menggunakan kaedah itu, penyerang mungkin berhadapan kesukaran untuk menggodam ATM tanpa bantuan orang dalam.

Menurut syarikat itu, mesin ATM lama menggunakan Windows XP terdedah kepada serangan siber oleh penjenayah siber menggunakan teknik canggih terutama apabila ditempatkan di lokasi yang jauh.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan fizikal yang mencukupi bagi komputer di dalam ATM untuk menahan serangan tersebut. — BERNAMA

Tags: ATMBankGodam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd