Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

China Sah Demam Babi...

BEIJING - China telah mengesahkan satu penularan baharu wabak demam babi Afrika di...

PPM Tawau Tahan Lelaki...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki ketika cuba menyeludup...

Tutup Wajah Tun M:...

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh...

Lelaki Dituduh Cederakan Polis...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang...

Microsoft Memperkenalkan Sistem Operasi Baru Windows 10

Microsoft nampaknya telah mengejutkan ramai pihak dengan memperkenalkan sistem operasi terbarunya melalui sebuah acara khas di Amerika Syarikat, di mana ura-ura sebelum ini mengatakan penggantian  windows 8.1 ialah windows 9.

Mereka telah melangkah dari angka 9 dan terus memperkenalkan sistem operasi terbaru yang dikenali dengan nama – Windows 10.

Sistem operasi yang dibina semula dari kosong ini meletakkan peranti mudah alih dan sistem “cloud’ sebagai keutamaannya, sebuah polisi yang telah ditetapikan CEO barunya, Satya Nadella sejak dilantik.

Sistem operasi terbaru ini akan dilancarkan secara rasminya dan sepenuhnya pada tahun 2015 kelak.

win10

Windows 10 dilihat akan selari dengan pelbagai jenis peranti daripada telefon pintar, tablet, komputer riba, desktop dan sebagainya.

Menurut Microsoft, Windows 10 akan menyokong saiz skrin dari 4 inci sehinggalah 80 inci-dan akan turut menggantikan Windows Phone selepas ini.

Windows 10 dilihat akan membawakan pelbagai perubahan baru jika dengan Windows 8.1 sebelum ini.

Antaranya termasuklah sokongan menu Start yang diintegrasikan dengan Live Tiles, lebih fokus terhadap pengguna desktop, kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI dengan tetingkapnya tersendiri, serta sokongan desktop maya.

win1

win2

win3


win4

win5

win5

Selain pengguna desktop, pihak Microsoft turut mengekalkan ciri-ciri mesra sesentuh, seperti sokongan “Charm Bar” dan paparan saiz butang yang lebih besar untuk pengguna skrin sentuh.

Terdapat mod khusus yang berubah mengikut penggunaan jenis peranti, sama ada menyokong skrin sentuh ataupun sebaliknya.

Pihak Microsoft turut menekankan yang mana Windows 10 akan selari dengan pelbagai perisian perusahaan tradisional, sekaligus memudahkan mereka untuk beralih ke sistem operasi baru tanpa risau akan ketidak-serasian.

Pihak Microsoft dijangka akan berkongsi lebih banyak mengenai aplikasi universal untuk pelbagai saiz peranti pada bulan April tahun hadapan.

Sumber: Windows, Forbes

Oleh: hzqahmd

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori