• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Kapal GO Phoenix Mulakan Pencarian Di Lautan Hindi

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Misi mencari pesawat MH370 diteruskan semula hari ini di kawasan terpencil di Lautan Hindi, lebih enam bulan selepas kapal terbang berkenaan hilang.

Kapal GO Phoenix, salah satu daripada tiga kapal akan menjalankan operasi mencari selama setahun bagi mencari bangkai pesawat pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia, dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.

Anak kapal akan menggunakan sonar, kamera video dan pengesan minyak pesawat ketika misi mencari pesawat Boeing 777 itu di dasar laut yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan

dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang.

Misi mencari kapal terbang berkenaan ditangguhkan selama empat bulan bagi membolehkan anak kapal membuat pemetaan di dasar laut dalam zon pencarian, kira-kira 1,800 kilometer barat Australia.

Kawasan mencari membabitkan kira-kira 60,000 kilometer persegi yang turut dikenali sebagai “seventh arc” – jarak lautan di mana penyiasat percaya pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas.

Selain itu, dua lagi kapal yang disediakan kontraktor Belanda, Fugro dijangka menyertai kapal GO Phoenix yang diupah Malaysia lewat bulan ini. – AP

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd