• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melissa Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta.

Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

“Maaf, saya tiada komen,” katanya.

Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk ‘Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel’, Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu.

Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut. – mStar Online

Tags: Adlin Aman RamlieFILEMMelissa Saila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd