• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dipercayai Mati Dibunuh Ditemui Di Sg. Timun

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh ditemui di Sungai Timun dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, berkata mayat itu ditemui terapung di sungai itu oleh orang awam pada jam 5.30 petang dan terus menghubungi pihak polis.

Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati mayat itu disumbat ke dalam guni plastik berwarna putih menutupi kepala sehingga lutut manakala kakinya diikat serta dibiarkan terjulur keluar.

Katanya, mayat itu turut diikat menggunakan wayar berwarna hijau bersama-sama dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

“Setakat ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri dijumpai bersama-samanya. Polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu,” katanya di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sedang dalam proses pereputan, mangsa berkemungkinan mati dalam tempoh kurang seminggu.

Katanya, polis terpaksa berjalan hampir lima kilometer dari jalan utama dengan melalui sebuah kebun ternakan untuk sampai ke lokasi mayat dijumpai.

“Mayat mangsa berjaya diangkat dan dikeluarkan ke jalan utama dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang kehilangan saudara dan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6851222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd