• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dengan Kesan Kelar, Tikaman Ditemui

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kelar di leher dan tikaman di dada di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini, malam tadi.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 11.55 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu, dalam lingkungan 20-an, memakai kemeja-T dan baju sejuk berwarna hitam, berseluar denim biru, berselipar dan memakai topi keledar.

“Hasil pemeriksaan ke atas mayat itu menemui beberapa kesan kelaran di leher, tikaman di dada, luka di lengan kiri dan kesan tikaman di belakang badan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Mazlan berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu.

“Kawasan mayat itu ditemui jauh daripada perumahan dan di sepanjang jalan itu tiada lampu jalan,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan, atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Mayattikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd