• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Gemuk Sebabkan Pusat Bakar Mayat Terbakar

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRGINIA (Amerika Syarikat) – Satu mayat seberat 362 kilogram menyebabkan sebuah pusat membakar mayat di sini terbakar, kelmarin.

Kebakaran di Pusat Khidmat Membakar Mayat Southside itu bermula tengah hari sebaik pekerja mula membakar mayat berkenaan.

Menurut pengurusnya, Jerry Hendrix Sr, jUmlah lemak pada mayat berkenaan mengeluarkan haba dan minyak berlebihan sebaik ia dibakar.

Penduduk sekitar dapat melihat kepulan asap keluar dari pusat berkenaan.

“Mayat itu terlalu gemuk hingga menyebabkan lemak di dalamnya memancut ke atas, mengena siling yang diperbuat daripada getah.

“Itu yang menyebabkan kebakaran. Ia tidak ada kena mengena dengan kecuaian pekerja kami,” kata Hendrix.

Bomba dipanggil untuk membantu memadamkan kebakaran itu dan mereka berjaya mengawalnya dalam masa setengah jam.

“Pekerja saya melakukan apa yang sepatutnya. Sebaik dibakar, mayat itu mengeluarkan lemak dan ia memancut hingga ke siling.

“Kerana habanya yang terlalu panas, ia menyebabkan kebakaran.

“Apa yang terfikir oleh kami ketika itu ialah menelefon bomba,” kata Hendrix.

Tiga pekerja yang berada dalam pusat itu terselamat.

Tiga mayat lain juga berada di dalam, menanti giliran untuk dibakar.

Pusat berkenaan bagaimanapun dibenar meneruskan pembakaran ketiga-tiga mayat terbabit beberapa jam selepas kejadian berkenaan. – AGENSI

 

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd