• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Dengar Hujah P’dakwaan Kes Liwat Anwar Hari Ini

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membebaskan beliau daripada pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, memasuki hari keempat hari ini, dengan pihak pendakwaan memulakan hujah balas terhadap alasan rayuan pihak pembelaan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menetapkan pendengaran rayuan sehingga Isnin.

Semalam, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hanya beliau akan berhujah terhadap isu yang dibangkitkan pihak pembelaan.

Pihak pembelaan selesai berhujah selama tiga hari di hadapan panel hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah telah mendengar hujah pihak pembelaan diketuai peguam utama Anwar iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Antara lain, pihak pembelaan membangkitkan isu mengenai kewujudan ‘KY Jelly’, pelincir yang digunakan dalam perbuatan meliwat dan identiti DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui pada dubur pengadu, yang didakwa tidak banyak disentuh atau ditekankan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Rayuan berkenaan yang pada mulanya ditetapkan dua hari bermula Selasa dan Khamis (28 Okt dan 29 Okt), dilanjutkan lima hari dan dijangka berakhir, Isnin.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, Anwar didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah setelah disabitkan terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.

Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh sebenar kejadian liwat, walaupun pada umumnya, ketiga-tiga hakim itu bersetuju bahawa berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimLiwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd