Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Beradik Maut MPV...

KUANTAN - Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas...

Umat Islam Di India...

NEW DELHI - Hujan lebat melanda New Delhi pada lewat petang tidak mematahkan...

Lebih 109,000 Kanak-Kanak Diberi...

KOTA KINABALU - Kira-kira 109,200 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Sabah diberikan...

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

Lelaki Warga Indonesia Maut Terkena Renjatan Elektrik

NILAI – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengalihkan wayar elektrik kendur di ladang kelapa sawit di Kampung Jijan Tengah di sini, semalam.

Ketika kejadian mangsa, Ngatimin, 40, sedang bekerja mengait buah kepala sawit di ladang berkenaan sebelum dia ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dengan mulutnya berbuih oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan jam 11.48 pagi.

“Sebaik sahaja sampai, kami menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri berhampiran sebuah rumah, dipercayai rumah pekerja ladang terbabit.

“Mulut mangsa juga didapati berbuih selain jari tangan kanannya terdapat kesan terbakar,” katanya.


Sharim berkata, bomba cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun tiada sebarang pergerakan ditunjukkan.

“Unit perubatan dari Klinik Kesihatan Sendayan membuat pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori