• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Myanmar Dicari Bantu Kes Bunuh Di Tasek Gelugor

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis mencari seorang lelaki Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kejadian rakan senegaranya maut diserang sekumpulan lelaki di kawasan ladang sawit di Pokok Machang, Tasek Gelugor pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dikenali sebagai Kumar, berusia 30-an dan beralamat terakhir di Tasek Gelugor dekat sini.

“Selepas mendapat beberapa maklumat, polis telah ke rumah lelaki itu tetapi lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dipercayai telah melarikan diri.

“Oleh itu polis meminta kerjasama orang ramai yang mepunyai maklumat mengenai Kumar agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing (HPP) di sebuah stesen minyak di Permatang Sireh, di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin malam itu, K. Arichandran, 34, mati akibat cedera parah selepas ditetak sekumpulan lelaki.

Mazlan berkata siasatan polis mendapati kejadian itu dipercayai akibat dendam berikutan mangsa gagal membayar hutang dengan beberapa kumpulan pengedar dadah.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan ekoran kejadian itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami mengambil keterangannya,” katanya.

Sementara itu Mazlan berkata 70 peratus daripada 35 kes bunuh membabitkan rakyat asing di Pulau Pinang sejak Januari hingga 30 Sept lepas adalah dari Myanmar.

Beliau berkata bagaimanapun kes-kes bunuh membabitkan rakyat Myanmar itu tiada kaitan dengan konflik yang berlaku di negara berkenaan, sebaliknya disebabkan pergaduhan, balas dendam, hutang dan dadah. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd