• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leka Beraya, Tidak Sedar Rumah Hangus Terbakar

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Tengah di sini musnah dijilat api semasa bertandang ke rumah jiran untuk memeriahkan sambutan Aidiladha petang Ahad.

Mangsa Md Zaini Shamsudin, 51, berkata kejadian itu berlaku pada 4.30 petang semasa beliau sedang menikmati hidangan di rumah jirannya.

“Semasa sedang makan, saya ternampak kepulan asap dari arah pantai lalu mengarahkan anak lelaki saya untuk memeriksa. Masa itu saya sangat terkejut apabila anak saya beritahu rumah kami terbakar sebelum terus pulang dan mendapati semuanya telah musnah dalam kebakaran,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak kediamannya di sini, Isnin.

Md Zaini berkata ketika kejadian isterinya Ropiah Mat Amin berada di rumah menunaikan solat Asar namun sempat menyelamatkan diri.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah walau pun kehilangan tempat tinggal tetapi masih bernasib baik tiada kemalangan jiwa dan isteri saya selamat,” katanya sambil menambah kebakaran itu turut memusnahkan dua buah motosikal dan sebuah kereta miliknya.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Ismail Mat Hassan ketika dihubungi berkata sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Siasatan berhubung punca kejadian dan anggaran kerugian sedang dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd