Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Sistem Parol Kurangkan Kes...

BALING - Pelaksanaan sistem parol akan diteruskan kerana ia mampu mengurangkan kes banduan...

Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan...

IBARAT berpatah arang, berkerat rotan... Parti politik jenis apakah ini pun tidak diketahui...

Harga Minyak Turun Juga...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

PKR Kata Bencana Banjir...

KUALA LUMPUR - Kejadian banjir tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan politik untuk mengkritik...

Layakkah Anwar Menerima Simpati Rakyat?

Oleh: Satu Hala Dan Ibnu K

Sebentar tadi Mynewshub menyiarkan berita Anwar Dapat Simpati Selepas Muat Naik Gambar Cucu beliau.

Bukan gambar itu sahaja, puluhan gambar dan poster untuk meraih simpati rakyat turut disebarkan sejak beberapa minggu lalu.

Tujuannya hanya satu yakni untuk menghimpunkan rasa kasihan orang ramai kepada Anwar.

Begitu penting yea keluarga dan air muka Anwar secara tiba-tiba.

Anwar perlu dikasihi… Anwar perlu diberikan simpati. Kasihan Anwar… kasihan Nurul Izzah… Kasihan Wan Azizah…

Namun… hanya untuk sejenak… Satu Hala ingin bertanya kepada semua… bagaimana pula dengan air muka bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang dihina dan diabkan serta dimalukan dengan begitu teruk sekali ketika beliau mahu ditendang keluar oleh Anwar untuk digantikan dangan Azizah atau Azmin?

Simpati untuk Anwar penting… maruah Anwar penting… bagaimana pula simpati dan maruah Khalid?

Tahukah anda bahawa Abdul Khalid asalnya rakan Anwar?

Abdul Khalid sanggup meninggalkan dunia korporat demi untuk membantu Anwar mentadbir negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari tahun 1979 hingga 1994. Beliau juga pernah menjadi CEO Guthrie dari 1995 hingga 2003.

Sayangnya kepada Anwar menyebabkan beliau memilih untuk meninggalkan semua itu dan menyertai perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Masa itu beliau tidak tahu Selangor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR) dan beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar.

Hanya kerana setiakawan dengan Ketua Pembangkang itu beliau memilih untuk meinggalkan semua dan berjuang dalam PR.

Selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, beliau mentadbir dengan baik sehingga berjaya mewujudkan rizab RM3 Bilion.

Apakah jasa dan pengorbanan Khalid dikenang Anwar?

Kita semua tahu jawapannya ialah tidak…


Anwar mengkhianati rakan baiknya itu dalam usaha menggantikan Abdul Khalid dengan isterinya.

Dilaksanakan ‘Langkah Kajang’ dengan memaksa ADUN asal meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil sehingga Dr Wan Azizah menang.

Kedegilan Abdul Khalid meletakkan jawatan seperti diarahkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyebabkan beliau dipecat dari parti dan dituduh dengan pelbagai kesalahan dalam mentadbir serta diaibkan dengan kes hutangnya dengan sebuah bank.

Kes hutang yang sudah selesai dan yang asalnya PKR sendiri kata takda apa-apa…tiba-tiba dijadikan alasan untuk menjatuhkan beliau. Kempen seluruh negara digerakan dengan nama Abdul Khalid disebut dan dihina tanpa segan silu termasuk oleh budak-budak hinggusan bodoh bahalol macam Rafizi Ramli.

Langkah Kajang tidak perlu andai Anwar kenal apa itu setia kawan dan menghormati pengorbanan Abdul Khalid ke atas dirinya.

Ini tidak… demi agenda politik… bulan Ramadan dijadikan medan untuk mengaibkan Abdul Khalid.

Kita semua tahu ramai rakyat Selangor marah kepada Anwar kerana tindakan menyingkirkan Abdul Khalid sedemikian rupa demi untuk meletakkan isterinya menduduki jawatan sebagai Menteri Besar.

Hakikatnya, bukan Abdul Khalid sahaja mangsa kepada kerakusan politik Anwar, ramai lagi rakan baiknya dikhianati.

Antaranya ialah bekas Pegerusi Magnum Corporation, Datuk S Nalakaruppan dan Penganalisis Politik, Dr Chandra Muzzafar.

Kesemuanya kini bergerak menentang ideologi politik Anwar.

Rata-rata rakyat Selangor sudah pun muak dengan permainan politik beliau yang kini menghitung hari sahaja untuk mengetahui nasibnya dalam kes liwat II melibatkannya dan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menerima rayuan pasukan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar atas kesalahan itu.

Di peringkat terakhir rayuan kini iaitu di Mahkamah Persekutuan, Anwar dilihat hampir pasti akan dimasukkan ke dalam penjara kerana kekuatan kes pendakwaan.

Beliau kini bergerak ke seluruh negara untuk meraih simpati rakyat demi untuk berhimpun dan menuntut kebebasan bagi dirinya dari tuduhan liwat yang dihadapi.

PKR sehingga sanggup mengarahkan setiap cabang di Malaysia membawa penyokong pada 28 dan 29 Oktober ini ke mahkamah dengan menggunakan bas untuk berhimpun menuntut kebebasan Anwar.

Cuma satu persoalan… Layakkah Anwar menerima simpati daripada rakyat selepas beliau sendiri tidak bersimpati dengan rakan yang banyak berkorban untuk dirinya? – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Liwat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori