• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alyah Nafi Sedang Mengandung Cahaya Mata Sulung

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33, berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

“Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya.

“Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar,” katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.

Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan.

Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

“Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu,” katanya.

Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. – mStar Online

Tags: Alyahpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd