• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgan Pelacur Guna ‘We Chat’ Taktik Baru Sindiket Pelacuran

oleh AK-47
26/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi ‘We Chat’ untuk mencari pelanggan, memetik laporan Astro Awani.

Taktik ini terbongkar apabila Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri di ibu negara malam kelmarin.

Selain itu, sindiket pelacuran menggunakan warga Thailand dan Vietnam ini juga turut menawarkan kad pelanggan setia, dengan percuma satu perkhidmatan bagi setiap 10 kali langganan.

“Melalui risikan selama seminggu, kami mendapati dalang sindiket membawa wanita terbabit ke premis selepas pelanggannya memilih mereka melalui aplikasi ‘We Chat’.

pelacur we chat

“Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh memilih wanita diingini dan sebaik persetujuan dicapai ‘bapa ayam’ membawa pelacur terbabit ke premis itu untuk diserahkan kepada pelanggan,” katanya.

“Pihak polis turut menemui kondom yang disembunyikan di dalam peti ais. Selain itu pusat urut yang beroperasi sejak enam bulan lalu tidak mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya.

Menurut Mohamad Jais, pusat maksiat itu  dikesan memberi tawaran urut batin dan seks percuma apabila pelanggannya yang berkunjung ke premis itu dengan mempamerkan kad keahlian yang ditanda sebagai bukti.

Kesemua pelacur dan seorang bapa ayam berusia 28 tahun di bawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan lanjut. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

Tags: PelacurWe Chat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

13/01/2024
0

IPOH: Seramai 117 pelacur dan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam serbuan terhadap lima premis pusat hiburan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd