• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lahir Di Malaysia Tidak Semestinya Warganegara – JPN

oleh Ahmad Albab
18/09/2021
dalam Terkini
4
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini tidak semestinya akan menjadi warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, ramai pihak di negara masih keliru mengenai perkara itu.

Menurut beliau, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

“Akta tersebut menyatakan semua kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan tanpa mengira status kanak-kanak tersebut. Perkara ini juga seiring dengan ketetapan Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menghendaki setiap kanak-kanak yang dilahirkan hendaklah didaftarkan kelahirannya dengan segera tanpa diskriminasi.

“Namun lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia bukan bermakna seseorang itu adalah secara automatik berstatus warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman menjelaskan, taraf kewarganegaraan seseorang sebenarnya ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung serta taraf perkahwinan ibu bapanya semasa kelahiran tersebut berlaku.

Kata beliau, jika ibu bapa bukan warganegara atau pemastautin tetap semasa kelahiran, maka kanak-kanak tersebut berstatus bukan warganegara
Malaysia.

Sehubungan itu, katanya. lahir di Malaysia dan mempunyai Sijil Kelahiran Malaysia tidak membuktikan bahawa seseorang itu adalah bertaraf warganegara.

Beliau menambah, bagi memudahkan agensi lain mengenal pasti status kewarganegaraan kanak-kanak melalui sijil kelahiran, JPN telah mengeluarkan Sijil Kelahiran berbeza warna mulai 1 Julai 2011.

“Sijil Kelahiran berwarna hijau adalah bagi kanak-kanak yang bertaraf warganegara manakala Sijil Kelahiran berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara atau belum ditentukan,” jelasnya.

Katanya, bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki Sijil Kelahiran berwarna hijau sebelum ini iaitu sebelum 1 Julai 2011 dikekalkan dan hanya berubah warna Sijil Kelahiran apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di pejabat JPN berhampiran. – mynewshub.tv

Tags: JPN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd