• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laddu, Ringoli Dan Minyak Bijan… Warna Warni Deepavali

oleh AK-47
24/10/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERAYAAN Deepavali atau disebut juga sebagai Diwali dan Divali disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.

Dikenali sebagai ‘pesta cahaya’, Deepavali yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh dirayakan pada hari ini, 22 Oktober 2014.

Dalam kepercayaan agama Hindu, sambutan Deepavali sama seperti menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan menyambut cahaya dalaman, bagi memupuk kesedaran dari dalam.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu kisah pembunuhan Naragasura serta kepulangan Dewa Rama.

Mitos paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.

Seterusnya penduduk kampung telah meraikan kemenangan ‘kebaikan’ menewaskan ‘kejahatan’ dengan menyalakan lampu serta berpesta.

deepavali

Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman.

Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.

Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau cahaya menumpaskan kejahatan atau kegelapan menjadi pegangan utama mereka.

Bagi merayakan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolam’ atau ‘rangoli’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari. Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Ringoli

Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik; kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.

Hiasan kolam merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.

Pada pagi perayaan pula, mereka akan melakukan upacara mandi bijan seawal pagi sebelum matahari terbit. Ini bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Selain itu, minyak bijan akan disapukan kepada setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu dan nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagi penganut Hindu bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu dikalungkan dengan kalungan bunga.

Jika ditanya apakah juadah menarik ketika Deepavali, biasanya kaum India akan menghidangkan juadah tradisional terkenal seperti halwa dan laddu.

laddu

Masyarakat India percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ iaitu campuran masala bersama yougart dan kari dal.

Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku, adivasam dan payasam.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan yang bukan saja memupuk hubungan harmoni, malah memupuk nilai positif bagi mendalami agama dan budaya kaum lain.

Semoga kita sama-sama menjaga kesejahteraan pelbagai kaum ini. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: Deepavali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd