Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Lebur Rekod...

KUCHING - Rekod 100 meter kebangsaan berusia 18 tahun akhirnya dileburkan pelari muda...

Gilakan Nutella? Ini Resepi...

Siapa yang tak sukakan Nutella kan? Lagi-lagi bila dimakan begitu sahaja. Memang menjilat...

Annuar Ada Hak Tanding...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa ada hak bertanding kerusi Presiden Persatuan...

Proses Mengundi Di Jepun...

TOKYO – Pilihan raya Dewan Negara Jepun tetap diteruskan seperti dijadualkan semalam, dua...

Kumpulan Pertama 279 Jemaah Haji Sarawak Selamat Tiba

KUCHING – Sebanyak 279 jemaah haji Sarawak selamat tiba dengan penerbangan Malaysia Airlines KT33 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini pada jam 9.15 pagi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata ketibaan jemaah haji berkenaan adalah kumpulan pertama kembali dari tanah suci.

“Alhamdulillah pada tahun ini kita tidak mendengar sebarang masalah dihadapi oleh jemaah haji dari Sarawak. Dari segi kesihatan juga mereka kelihatan baik dan sihat.

“Untuk makluman pada tahun ini ada seorang jemaah haji dari negeri ini yang meninggal dunia di Makkah, Allahyarham Osman Abdullah berasal dari Kampung Sageng, Simunjan 5 Oktober,” katanya kepada pemberita ketika menyambut kumpulan jemaah haji berkenaan.

Katanya, satu lagi penerbangan membawa jemaah haji Sarawak akan tiba esok.

Penerbangan KT33 membawa 75 jemaah dari Kuching manakala selebihnya 45 orang (Miri), 63 (Sibu/Mukah), 20 (Limbang), 27 (Sri Aman), 23 (Sarikei), 23 (Bintulu) dan lain-lain tempat tiga orang.


Jemaah haji yang tiba terlebih dahulu melalui proses saringan kesihatan sebaik keluar daripada pesawat yang dilakukan oleh oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Sarawak.

Sementara itu, seorang jemaah, Abang Mustapha Abang Abdul Rahman, 51, kakitangan di Jabatan Kesihatan Sarawak bersyukur dapat menunaikan haji, rukun Islam yang kelima itu dengan baik.

“Semuanya berjalan seperti dirancang, kesihatan saya baik sepanjang berada di sana, turut memudahkan semua urusan.

“Terima kasih juga kepada petugas haji yang banyak membantu kami semua sepanjang berada di sana,” katanya yang menunaikan haji bersama isteri, Salina Ghani. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori