• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sasar Jangkitan HIV Turun Dari 11.4 Kepada 11 Peratus

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan untuk mencapai penurunan kadar kes jangkitan wabak HIV 11 peratus dalam kalangan 100,000 penduduk hujung tahun ini berbanding 11.4 peratus pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata sasaran itu yakin dapat dicapai menerusi pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani penyebaran wabak berbahaya ini sejak kes jangkitan pertama pada 1986.

“Usaha ini merangkumi pengesanan kes, pencegahan jangkitan, rawatan dan sokongan sosial yang dijalankan oleh KKM.

“Selain itu kita juga turut terbabit dalam Deklarasi Komitmen ASEAN 2011 dan ‘Cities Getting to Zero Project’ iaitu usaha bagi memastikan mereka yang dijangkiti HIV mendapat rawatan Antiretroviral (ARV) dengan sempurna, sokongan dan kaunseling yang akhirnya akan mengurangkan kematian akibat AIDS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan AIDS peringkat Kebangsaan kali ketiga di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/STI KKM, Dr Shaari Ngadiman dan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dr Hilmi berkata, sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan jangkitan HIV terus menurun dalam kalangan rakyat negara ini menerusi Deklarasi ASEAN dan projek sifar itu, beliau menggesa supaya masyarakat dapat mengubah stigma negatif dan diskriminasi mengenai pesakit yang dijangkiti HIV atau AIDS.

“Kita harus tahu pesakit yang dijangkiti AIDS kini mempunyai harapan untuk sembuh dengan penemuan rawatan ARV namun mereka tetap berdepan persepsi negatif dan diskriminasi masyarakat umum.

“Sehubungan itu stigma ini perlu terus diubah supaya pesakit HIV terus mendapat sokongan daripada anggota masyarakat untuk terus berjuang melawan penyakit mereka sekali gus sembuh daripada jangkitan wabak maut berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: HIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd