• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKLW Pastikan Masyarakat Luar Bandar Nikmati Bajet 2015

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memastikan peruntukkan Bajet 2015 dimanfaat sebaik mungkin demi kesejahteraan serta memacu ekonomi masyarakat luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata menjadi tanggungjawab kementerian memastikan bajet berkenaan sampai ke golongan sasar.

“Menerusi pangkalan data yang telah diwujudkan kementerian, bajet kali ini akan dipantau rapi bagi mengelak pembaziran apatah lagi peruntukan kali ini meningkat berbanding tahun lepas.

“Pangkalan data itu merekodkan segala perjalanan penggunaan peruntukan atas setiap projek yang diluluskan di bawah kementerian dan agensi-agensinya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kementerian di sini hari ini.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan baru-baru ini, KKLW diperuntukkan RM4.5 bilion meningkat berbanding RM4.1 bilion pada Bajet 2014.

Selain itu, Mohd Shafie berkata meskipun pemberian projek dibuat secara sistem tender terbuka, kementerian tetap memantau untuk memastikan hanya syarikat berkelayakan memperolehnya.

“Kita tidak mahu ada projek terbengkalai, lambat siap atau siap tapi tidak sempurna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Shafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd