• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liwat: Shafee Persoal ‘Layanan Istimewa’ Anwar Kepada Saiful

oleh AK-47
02/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini hujah ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkisar tentang mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut beliau dalam hujahnya, kes liwat Mohd Saiful adalah kes penderaan seksual antara majikan dan pekerja.

Memetik laporan Agenda Daily, oleh sebab itu Saiful mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan.

Muhammad Shafee berkata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri bukan sebarangan orang. Beliau karismatik dan mempunyai kemampuan mempengaruhi seorang lelaki muda.

[BACA – Mahkamah Dengar Hujah Pendakwaan Kes Liwat Anwar Hari Ini]

Mangsa, Mohd Saiful mengakui dia takut pada Anwar.

Peguam kanan itu berkata, selepas perlakuan seks antara Anwar dan Mohd Saiful berlaku, Anwar ada menasihatkan Saiful agar jangan tinggalkan sembahyang.

Beliau turut memberitahu, jika mangsa marah Anwar akan menjadi marah.

Dalam hujahnya, Muhammad Shafee mempersoalkan bagaimana Mohd Saiful yang merupakan seorang pelajar tercicir dari universiti mendapat ‘layanan istimewa’ daripada Anwar.

Dia pergi ke Singapura bersama Anwar dan Hong Kong serta diberi elaun selain gaji tetap RM1,000 sebulan.

Ke Singapura, Mohd Saiful diberi elaun ASD $1,000 Dolar Amerika dan HK $1,00 ketika ke Hong Kong.

Bekas pembantu peribadinya ketika masih bertugas juga diberikan sut berjenama Brioni yang amat mahal. Menurut Muhammad Shafee, beliau juga tiada suit semahal itu.

“Kenapa perlu Anwar ada hubungan sebegitu?”Beliau bertanya ketika menyampaikan hujah di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.

Muhammad Shafee juga menafikan kes liwat itu ada kaitan dengan sebarang konspirasi bagi menjatuhkan kedudukan Ketua Pembangkang.

Sementara itu, pelbagai pihak sedang tertanya-tanya tentang bilakah keputusan rayuan kes itu akan diputuskan.

Prosiding hari ini telah ditangguhkan pada waktu tengahari sekaligus besar kemungkinan ia akan berlanjutan sehingga ke hari Selasa.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim kes berkenaan telah pun melanjutkan perbicaraan ke Isnin depan.

Prosiding Isnin ini juga diketahui akan berlangsung sehingga setengah hari kerana beliau ada urusan lain, memetik laporan Agenda Daily.

http://youtu.be/aTgNsENSphM;

Menurut laporan itu, Muhamad Shafee hari ini baru sempat memulakan hujah beliau kira-kira 20 peratus sahaja.

Selepas beliau selesai memberikan hujahnya, pasukan peguam bela Anwar pula akan memberi hujah balas, jika begitu agak sukar untuk keputusan kes berkenaan diketahui dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, bagi Anwar beliau sudah pun memberikan kenyataan bersifat angkuh apabila mengatakan beliau akan dibebaskan pada Selasa ini.

“Saya akan dibebaskan Selasa ini,” katanya ketika ditemui wartawan selepas prosiding hari ini ditangguhkan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K  | Video : RIZA RAZAK

Tags: Anwar IbrahimLiwatmahkamah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd