• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Bangkai Penyu Ditemui Diikat Tali

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Bangkai seekor penyu agar betina dewasa yang telah reput dan berbau ditemui terapung di perairan Pulau Redang dekat sini, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, bangkai penyu itu dijumpai oleh penguatkuasa perikanan semasa mengadakan rondaan di kawasan berkenaan.

“Di kepala penyu tersebut diikat tali dipercayai untuk ditenggelamkan penyu tersebut supaya tidak diketahui pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Menurutnya punca kematian haiwan itu mungkin kerana tersangkut pada pukat dan penyu tersebut ditangkap dan diikat kepalanya serta ditenggelamkan ke dalam laut.

Abdul Khalil berkata, pihaknya merasa kesal kerana penyu itu dibunuh dengan begitu kejam.

Dalam kejadian lain beliau berkata bangkai seekor penyu yang belum dewasa ditemui mati terdampar di kawasan pantai Pulau Kapas, Marang pada 2 Oktober lepas dan punca kematian tidak diketahui.

Abdul Khalil juga menambah, kadar kematian penyu di Terengganu dalam tahun ini agak membimbangkan dan mengikut rekod sehingga 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 39 ekor penyu dijumpai mati berbanding 42 ekor sepanjang tahun lepas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Umum Letak Jawatan Kali Kedua, Berkuat Kuasa Apabila Najib Tiba Di Rumah

06/11/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Terima Kasih Malaysia, Terima Kasih Keluarga Besar UMNO – Armand Azha

Terima Kasih Malaysia, Terima Kasih Keluarga Besar UMNO – Armand Azha

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd