• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaskini Portal SPA Punca Calon ‘Kejap Berjaya, Kejap Gagal’

oleh AK-47
11/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM Mynewshub telah melaporkan secara eksklusif bagaimana keputusan permohonan program Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang dipaparkan di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagaikan magik – berubah tiba-tiba dalam hanya beberapa jam.

Perkara ini dimaklumkan oleh pembaca Mynewshub yang turut mengirim dua salinan ‘print screen’ sebagai bukti.

Salinan print screen tersebut menunjukkan keputusan dia dimaklumkan berjaya dalam Semakan Keputusan Temu Duga Latihan Pembantu Kesihatan Awam namun dalam print screen yang lain keputusan bertukar kepada ‘Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.’

Susulan itu, kami telah mendapatkan komen daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menyarankan supaya penjawat awam terlibat membuat aduan rasmi ke pejabat beliau untuk membolehkan siasatan lanjut dibuat,

BACA >>> Mangsa Keputusan ‘Magik’ SPA Disaran Hantar Aduan Rasmi

Dalam pada itu, SPA hari ini telah pun mengeluarkan satu kenyataan media rasmi sebagai respon lanjut terhadap kes ini.

Antara penjelasan diberikan adalah pada 7 Oktober (Selasa) jam 8 pagi, SPA telah mengeluarkan keputusan bahawa seramai 100 calon berjaya, 43 calon simpanan dan 444 calon tidak berjaya dalam keputusan temu duga bagi mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam.

Bagaimana pun pada 2.30 petang hari yang sama SPA telah membuat pengemaskinian di paparan keputusan calon pada pautan http://latihan.moh.gov.my/v2/index.php kepada http://latihan.moh.gov.my/v3/index.php menyebabkan sistem telah mengklasifikasikan seramai 444 orang calon yang “tidak berjaya temu duga” sebagai calon “berjaya temu duga”.

Lanjutan itu perkara ini dibawa ke Mesyuarat Pra Suruhanjaya pada 9 Oktober 2014 (khamis) jam 9 pagi dan memutuskan bahawa perkara ini disebabkan masalah teknikal serta bersetuju supaya menggunapakai keputusan pertama yang dipaparkan pada 7 Oktober 2014 jam 8 pagi.

Sehubungan itu calon-calon temu duga boleh merujuk keputusan terkini di Portal SPA mulai hari ini (Khamis).

spr1spr2

Dalam pada itu, komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca Mynewshub (gambar utama) menunjukkan kes keputusan ‘magik’ begini bukanlah perkara baru.

Apakah ketika itu ralat turut berlaku disebabkan oleh pengemaskinian pautan pada portal SPA sebagai mana kes keputusan temu duga bagi Latihan Pembantu Kesihatan Awam tempoh hari?

Apa pun alasannya ini adalah kes naya bagi yang sudah terkena. Ia amat tidak profesional jadi tidak harus berulang lagi pada masa depan. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Tags: SPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

SPRM Nafi Keluar Kenyataan SPA Ambil Sekutu

21/04/2021
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd