• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ke Mana Hilangnya Penonton Filem Tempatan?

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun The Journey, sebuah filem Cina tempatan berjaya memecah dominasi filem Melayu dengan kutipan melebihi RM 17 juta, namun prestasi majoriti filem Malaysia semakin merudum.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), setakat awal Oktober tahun ini, jumlah kutipan filem produksi Malaysia berjumlah RM 62.45 juta.

Namun, 29 daripada 54 filem yang ditayangkan sejak awal Januari lalu gagal mencecah paras keuntungan RM 500 ribu. Di mana silapnya?

Adakah para penggiat gagal merencahkan filem-filem terbitan mereka sama seperti selera audiens zaman kini, ataupun masyarakat kini yang mendambakan filem yang lebih ‘bijak’ dan berseni?

Untitled

Ya, susah untuk menjangkakan kehendak setiap individu, kerana ‘lain padang, lainlah belalangnya, lain orang maka lainlah ragamnya’.

Jika melihat trend di Malaysia, filem bergenre aksi, seram dan santai lebih pecah panggung.

Bandingkan kutipan filem seperti KL Gangster, Khurafat dan The Journey dengan filem seperti Puteri Gunung Ledang, Tanda Putera mahupun koleksi filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Untitled

Menurut laporan di dada-dada akhbar tempatan, pelbagai inisiatif dicadangkan oleh penggemudi industri filem bagi mengembalikan kegemilangan filem-filem Malaysia.

Memetik laporan Sinar Harian awal tahun ini, pengarah dan penerbit Ahmad Idham berkata, beliau menggunakan kaedah yang hanya menayangkan filemnya di panggung dan tidak mengizinkan karyanya menembusi Astro First mahupun dicetak VCD dan DVD.

“Saya dapati, cara ini berkesan untuk mengelakkan dari karya saya dirompak kerana sehingga kini, perompak maya gagal membawa karya saya ke internet dan Youtube,” katanya.

Bagi salah seorang pemilik KRU Studios, Edry Abdul Halim, strategi dia bersama adik-beradiknya dalam merencanakan keuntungan adalah dengan membawa karya mereka menembusi pasaran antarabangsa.

“Sekiranya kami hanya fokus kepada industri tempatan, adakah ianya dijamin mendapat sokongan daripada penonton? Sebagai pemodal, kami perlu berfikiran jauh.”

Afdlin Shauki menerusi kenyataannya di program HLive berkata, beliau sudah hilang keyakinan terhadap industri filem tempatan namun tidak akan berhenti dari menghasilkan filem.

Tetapi, katanya keuntungan filem haruslah selari dengan penat lelah kerana ia merupakan periuk nasi para penggiat industri.

Namun sayangnya, terdapat beberapa pengarah yang mengambil keputusan untuk menghentikan sementara penerbitan filem mereka gara-gara industri yang semakin tenat, antaranya Hans Isaac dan Aziz M.Osman.

Siapa mampu jangka apa yang diinginkan pasaran kerana tahun ini, trend dilihat secara perlahannya berubah kerana kutipan filem seram dan bercorak gangster semakin dingin.

Solusi yang dicari masih belum dijumpai namun diharapkan industri filem tempatan tidak terus malap. Mungkin penonton kita sudah muak akibat disogok dengan filem ‘cliche’ dan kurang ilmiah. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: FILEMPenerbit FilemPengarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd