• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasihkan Isteri, Suami Sanggup Ditetak Perompak Di Sentul

oleh AK-47
26/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerana kasihkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan isteri tercinta daripada serangan perompak ganas.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ bagi mengelakkan isterinya, 28, ditetak dengan parang bertalu-talu oleh perompak dalam satu kejadian samun yang berlaku di pangsapuri berdekatan Sentul pada 10.30 malam semalam.

Akibatnya mangsa mengalami kecederaan serius manakala isterinya, putus satu jari tangan kiri.

Menurut mangsa, dia dan isterinya baru pulang daripada kerja dan sedang menaiki tangga apabila secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang mereka bertubi-tubi.

Memetik petikan Harian Metro, dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

DSC01214

“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” kata Choo lagi.

Perompak tersebut kemudiannya merampas beg tangan milik isteri Choo sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

Sehubungan itu Choo membuat laporan di Balai Polis Sentul dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: perompakSuami Isteritetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd