• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Kedua Sertai Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Kapal kedua kini sudah bersedia untuk melakukan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi di barat Australia.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyatakan kapal ‘The Discovery’ yang disediakan oleh kontraktor Belanda, Fugro, dijadualkan tiba di zon pencarian kira-kira 1,800 kilometer di barat Australia hari ini.

Sementara itu, ‘GO Phoenix’, kapal Malaysia yang melakukan usaha pencarian di kawasan berkenaan sejak awal bulan ini, kini berada di Pelabuhan Fremantle di Australia Barat bagi mendapatkan bekalan baharu.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berada di Australia untuk menyambut ‘GO Phoenix’ ketika ia kembali ke pelabuhan, berkata segala-galanya sudah dilakukan bagi mencari pesawat Boeing 777 itu yang hilang dengan 239 penumpang dan anggota kru pada 8 Mac lalu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Kita mesti terus menaruh harapan bahawa kita akan mencari MH370,” katanya.

Kapal pencarian itu menarik alat sonar yang digelar ‘towfish’ di dalam air kira-kira 100 meter di atas dasar laut bagi mengesan serpihan pesawat terbabit. Alat ‘towfish’ itu dilengkapi sensor yang boleh menghantar data terus kepada mereka di dalam kapal.

Usaha pencarian di dasar laut disambung semula pada awal bulan ini selepas ditangguhkan selama empat bulan ketika pemetaan zon pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu dilakukan.

Kapal ‘GO Phoenix’ sudah melakukan pencarian di kawasan seluas lebih 1,200 kilometer persegi setakat ini.

Namun sehingga kini tiada satu pun serpihan ditemui walaupun usaha pencarian dilakukan secara meluas.

Sementara itu, kapal ketiga, ‘Fugro Equator’, masih lagi melakukan pemetaan kawasan di zon pencarian itu dan akan menyertai operasi berkenaan sebaik saja ia selesai, mungkin minggu depan atau minggu berikutnya.

Usaha pencarian itu dijangka mengambil masa setahun. – AP

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd