• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakak Melissa Saila Turut Kecewa Biopik Saloma Aibkan AR Tompel

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, waris Allahyarham A.R Tompel atau nama asalnya Aman Ramli Jaafar membuat satu sidang media khas bagi mengkhabarkan dukacita mereka tentang penonjolan watak pelakon tersebut dalam filem biografik Saloma.

Hari ini, kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad turut meluahkan kekecewaan tentang naratif penceritaan yang menampilkan sisi negatif pelakon.

maxresdefault

Memetik laporan dari Sinar Harian, katanya, pemaparan karakter antagonis tersebut tidak wajar kerana sebagai seorang Islam, penonjolan sisi yang mengaibkan seseorang harus disimpan dan tidak didedahkan.

“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Katanya lagi, bukan sahaja watak Allahyarham A.R Tompel, malah watak Allahyarham Puan Sri Saloma juga dipotretkan seperti ibu yang tidak menyayangi anaknya dan menyimpan dendam terhadap karakter Norizan yang ‘mencuri’ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

“Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” ujar anak kepada Seniwati Mariani ini.

Sambung Rozita, adiknya hanya melakukan rujukan dengan mendapatkan informasi daripada Seniwati Mariani dan kakaknya tanpa melakukan rujukan dari pihak lain.

Sekadar informasi, filem biopik Saloma diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, produksi milik pengarah filem ini iaitu Melissa Saila dan ditunjangi Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff sebagai P.Ramlee dan Azhan Rani sebagai A.R Tompel. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Adlin Aman RamlieFILEMMelissa Saila
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd