• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Jihad Perangi Orang Tengah Diketahui Disember Ini

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Hasil kajian pelaksanaan program ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’ akan diketahui Disember ini selepas setahun program tersebut dilaksanakan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kajian tersebut dilakukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta lain-lain agensi berkaitan.

“Setelah pelbagai pelaksanaan seperti kewujudan Pusat Pembelian Padi, Pusat Pengumpulan Buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar-pasar nelayan selepas ini kita akan tengok hasilnya.

“Kementerian juga telah mengarahkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional untuk memberi pinjaman kepada nelayan bagi membeli bot besar supaya tidak bergantung kepada orang tengah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 peringkat kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata namun kajian tersebut akan lebih berjaya jika setiap nelayan atau petani mempunyai kesedaran untuk membebaskan diri daripada cengkaman orang tengah.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata jika hasil kajian mendapati terdapat peningkatan antara 10 sehingga 30 peratus nelayan atau petani sudah tidak menggunakan orang tengah, ia sudah dikira satu kejayaan memandangkan program tersebut baru dilaksanakan.

“Bukan senang hendak mengubah pemikiran nelayan, pesawah serta petani kerana sebelum ni penggunaan orang tengah telah biasa dalam kalangan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata bermula tahun hadapan kementerian berhasrat melaksanakan penanaman padi organik sebagai perancangan untuk menambah pendapatan petani melalui ternakan ikan di sawah atau tali air.

“Kalau sekarang, penggunaan racun di sawah padi kuat, ikan yang diternak di sawah dan tali air boleh mati,” katanya sambil menambah akan meminta insentif tambahan mengenai perkara itu dalam Bajet 2016.

Katanya perkara yang sama juga akan dilakukan terhadap nelayan melalui RM60 juta peruntukan dalam Bajet 2015 bidang akuakultur yang mana nelayan boleh membuat ternakan ikan dalam sangkar supaya hasilnya boleh dikutip semasa musim tengkujuh.

Tambahnya ini juga bagi mengelakkan kebergantungan kepada orang tengah apabila nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tersebut. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd