• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutawan Kasino Abdi Diri Untuk Pelihara Gorilla Dan Lepaskan Ke Habitat

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Damian Aspinall boleh diklasifikasikan sebagai seorang insan yang memiliki hati mulia.

Apa tidaknya, walaupun beliau merupakan seorang jutawan kasino yang memiliki kehidupan mewah, namun kerana cintanya terhadap haiwan, beliau sanggup menubuhkan satu yayasan amal dinamakan Aspinall Foundation, khas untuk memelihara Gorilla.

Sehingga hari ini, yayasan itu telah memelihara lebih 60 ekor gorilla, dan melepaskannya ke habitat asal di Afrika apabila ia telah menjangkau usia matang.

Damian-Aspinall3

Selain dari Aspinall Foundation, beliau juga memiliki taman rekreasi liar di Kent, England bagi menempatkan haiwan, iaitu Taman Rekreasi Liar Howletts dan Taman Rekreasi Port Lympne.

Bekas kekasih supermodel terkenal, Naomi Campbell itu percaya, haiwan juga mempunyai hak untuk memiliki kehidupan yang baik seperti yang didambakan manusia.

Menyelusuri hubungan istimewanya dengan haiwan, beliau berkata, zaman kanak-kanaknya banyak mempengaruhinya untuk lebih menyayangi dan menghargai makhluk tersebut kerana bapanya sendiri seorang penjaga haiwan.

Beliau dibesarkan di sebuah ladang milik bapanya seluas 700 ekar, dikelilingi pelbagai hidupan, dan di situlah cintanya terhadap haiwan bercambah kerana ia dipelihara secara bebas.

Lelaki berusia 54 tahun ini menambah, zaman kanak-kanaknya merupakan satu fasa yang paling indah.

Dia menyatakan bahawa hubungannya dengan haiwan lebih rapat jika dibandingkan dengan manusia kerana haiwan sentiasa membuat beliau gembira, tetapi tidak bagi manusia.

Kelakarnya, beliau memberitahu bahawa memori terawalnya adalah tentang seekor gorilla betina yang dianggap seperti ibu angkatnya.

Damian-Aspinall

Menurut beliau, ibu gorilla tersebut pernah menyelamatkannya ketika beliau tersangkut di atas pokok, lalu menurunkan dan mengelap air matanya.

Pada tahun 2000, setelah bapanya meninggal dunia, beliau terpaksa mengambil alih taman tema tersebut yang pada ketika itu mengalami kerugian USD 4 juta setahun.

Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, beliau menubuhkan sebuah kasino bagi menampung kos pengurusan taman temanya itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

20/06/2026
0

MUAR - "Kita ramai 'Hollywood'. Paling 'Hollywood' sekali yang dekat Muar" Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap...

TMJ Tegur PM Anwar, Kerajaan Persekutuan Punca Johor ‘Bocor’

TMJ Tegur PM Anwar, Kerajaan Persekutuan Punca Johor ‘Bocor’

20/06/2026
0

MUAR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menepis dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Johor sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd