• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Ragut Di Kelantan Meningkat

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah kes ragut di Kelantan mencatat peningkatan tahun ini apabila 56 kes dilaporkan sejak Januari hingga September berbanding 43 kes sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, polis menyelesaikan 16 kes dan menahan 12 individu.

“Bagi sepanjang tahun lepas, polis menahan 21 individu dan menyelesaikan 26 kes ragut di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Rosli berkata, individu yang ditahan itu berumur antara 18 dan 30 tahun, kebanyakannya penagih dadah.

Beliau berkata, daerah Pasir Mas mencatat bilangan kes ragut tertinggi di negeri ini membabitkan 15 kes diikuti Kota Baharu (9) dan Tumpat (8).

Rosli berkata, berdasarkan siasatan, beberapa kawasan didapati menjadi tumpuan utama berlakunya kes ragut dan polis sedang memantau kawasan berkenaan di samping menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada.

“Kes yang berlaku di kawasan utama berikutan tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada kamera litar tertutup (CCTV), tidak mempunyai lampu dan kawasan yang tidak mempunyai penghadang jalan,” katanya.

Beliau menasihati golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan jangan memakai barangan kemas keterlaluan kerana ia boleh menarik perhatian penjenayah. – BERNAMA

Tags: Kelantankes ragut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd