• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bandingkan Shukri Yahaya Dengan Jericho Rosales

oleh Ahmad Albab
28/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Shukri Yahaya mula berasa rimas apabila dia sering dikaitkan dengan aktor popular Filipina iaitu Jericho Rosales ekoran wajah mereka dikatakan seiras.

Shukri, 26, berkata, dia seboleh-bolehnya mahu dikenali kerana bakat lakonannya dan bukan sekadar mempunyai wajah mirip Jericho kerana ia tidak akan membawa kerjayanya ke tahap lain.

“Mula-mula dulu saya okay sahaja apabila orang panggil saya Jericho tetapi lama-kelamaan saya jadi rimas kerana sentiasa disamakan dengan pelakon itu sehingga ada yang tidak tahu nama sebenar saya.

“Saya bukan marah tetapi rasanya cukuplah perbandingan itu dibuat kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah kerana kami berdua adalah individu berbeza,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shukri yang bakal bertindak sebagai hos bersama Anugerah Skrin 2014 berkata, dia berasa gugup untuk mengacarakan program berkenaan kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan.

Kata Shukri, dia mudah berasa gugup apabila berhadapan dengan orang ramai tambahan pula ASK 2014 akan bersiaran secara langsung.

“Saya ini pemalu orangnya dan cukup takut apabila berhadapan dengan orang ramai tetapi saya ambil peluang ini untuk mencuba dalam mengatasi ketakutan yang ada dalam diri saya.

“Bagaimanapun saya terbuka dengan sebarang kritikan kerana tahu akan ada banyak kelemahan memandangkan ini percubaan kali pertama saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shukri berkata, dia bersyukur apabila produksi tempatan semakin mempercayai bakat lakonannya biarpun pengalamannya dalam bidang tersebut baharu sahaja mencecah dua tahun.

Shukri berkata, dia mengambil kepercayaan itu sebagai amanah besar dan sentiasa memberikan terbaik terhadap mutu lakonannya sebagai tanda terima kasih atas peluang diberikan.

“Kalau bercakap mengenai persaingan memang banyak tetapi syukur Alhamdulillah rezeki saya cukup murah dan banyak peranan utama diberikan kepada saya.

“Pada tahap ini bukan populariti yang saya kejar tetapi lebih kepada menjaga amanah dan kepercayaan produksi kepada saya dan akan cuba melunaskan semua tugas diberikan dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shukri berkata, dia kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Mahar Cinta Alia disamping Julia Zigler, Emma Maembong dan Azhan Rani untuk slot Cerekarama TV3.

Selain itu dia juga terlibat dalam projek Drama Fest TV3 menerusi drama Jalan Taubat bersama Chacha Maembong dan Mubarak Majid. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd