• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iszuree Disingkar Berdasarkan Laporan Media – Wong

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dibuat berdasarkan laporan media, kata Setiausaha Politik kepada ketua menteri, Wong Hon Wai.

Beliau berkata pemecatan Iszuree tidak melalui proses siasatan dalaman tetapi Iszuree telah diberi peluang membuat penjelasan berhubung isu terbabit menerusi sidang akhbar.

“Beliau sudah diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada media kerana perkara ini dibangkitkan menerusi media, tetapi beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Wong turut menyatakan bahawa beliau akan menyampaikan memorandum yang mengandungi 19 tandatangan ahli MPPP yang mahu agar Iszuree dipecat, kepada Exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada rabu.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil ahli MPPP Harvinder Singh.

Iszuree disingkirkan daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasar bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu perumahan.

Sidang media yang diadakan berlangsung dalam suasana tegang selepas Wong gagal membuat penjelasan mengapa Iszuree tetap dikenakan tindakan walaupun selepas mendakwa portal berita propembangkang tidak melaporkan dengan tepat perkara yang dibangkitkan beliau dalam Muktamar PAS itu.

Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biar pun Iszuree telah menjadi ahli majlis itu sejak 2010.

Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. – mStar Online

 

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd